Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia

 

Pengenalan PPHM

Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia secara rasminya di daftarkan pada 17 Jun 2015 dengan usaha sekumpulan ahli jawatankuasa penaja yg terdiri dari kalangan ahli keluarga Pesakit Hydrocephalus sendiri.

Seterusnya setelah Persatuan Pesakit Hydrocephalus berdaftar secara rasmi. PPHM terus mengorak langkah dalam memperjuangkan nasib anak-anak hydrocephalus. Sehingga kini tahun 2016, PPHM telah berjaya mengumpul seramai 72 orang ahli berdaftar dan lebih 100 orang pesakit hydrocephalus telah berjaya di kumpulkan dari seluruh Malaysia.

941326_1209991089029234_8648758440878769859_n
Sekitar Majlis Pelancaran “Projek 10sen boleh membantu kami”

 

#Throwback 2014-2015

Kumpulan pesakit hydrocephalus mula bergerak aktif sejak tahun 2014. Dimana sekumpulan ibubapa pesakit hydrocephalus, mula berganding bahu menghimpunkan pesakit, pengamal perubatan dan juga ahli keluarga pesakit dari seluruh Malaysia melalui laman sosial seperti Facebook dan juga aplikasi “WhatsApps”, dengan kemudahan komunikasi ini membolehkan mereka berinteraksi secara lansung didalam  berkongsi pengalaman semasa menjaga dan menerima rawatan kanak-kanak.

Aktivti persatuan ini turut mendapat sokongan daripada pihak Jabatan Neurosurgeri dan Hospital Kuala Lumpur yang secara langsung bertanggungjawab di dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit selain daripada terlibat didalam pelbagai aktiviti sosial termasuk menganjurkan program bersama pesakit dan ahli keluarga.

Kumpulan ini juga teribat didalam aktiviti kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit ini melalui artikel surat khabar, laman sosial, televisyen dan turut menganjurkan beberapa aktiviti dan perjumpaan bersama. Kejayaan penganjuran acara pada tahun 2014 telah mendorong kumpulan ini untuk terus menjalankan aktiviti bersama pada tahun ini dengan menganjurkan acara “JOM JALAN JALAN bersama Hydrocephalus and Apert  Syndrome pada tahun 2015 melalui sokongan Let’s Rock Cancer Malaysia dan Royal Floria Putrajaya.

Floria Jalan2 Hydro
“JOM JALAN JALAN bersama Hydrocephalus dan Apert Syndrome pada tahun 2015”